Denda pemain Perak FC terima kad merah

TEONG KIM
TEONG KIM
A
A
A

PERAK FC mempertimbangkan tindakan denda kepada pemainnya yang kerap menerima kad merah.

Ketua jurulatihnya, Datuk Lim Teong Kim bagaimanapun berkata, ia perlu melihat situasi kad itu diterima.

Menurutnya, jika disebabkan tindakan sengaja pemain tersebut mendapat kad kuning atau merah, mungkin akan dikenakan denda.

"Kita mesti lihat apa sebab kad merah atau kad kuning yang diterima. Kalau professional faul untuk selamatkan pasukan, kalau saya kenakan denda tak patutlah.

"Tetapi kalau bertumbuk ke memang ada (denda)," katanya kepada pemberita ketika selepas perlawanan Perak FC menentang Sri Pahang FC di Stadium Perak di sini pada Rabu.

Sementara itu, Teong Kim belum mahu menekan butang panik di sebalik keputusan Perak FC tersingkir dari saingan Piala FA.

Beliau tetap yakin anak buahnya akan kembali bangkit dalam saingan Liga Super.

Menurutnya, kehilangan beberapa tonggak menyebabkan perancangan sedikit terganggu.

"Tetapi perlawanan ini memberi peluang kepada pemain yang lain untuk membuktikan kemampuan mereka, adakah mereka sepatutnya ada dalam pasukan.

"Ini juga merupakan peluang untuk mereka menunjukkan prestasi sendiri dan saya juga mempunyai lebih pilihan pemain dalam skuad saya pada masa depan," katanya

Dalam pada itu, Teong Kim mengakui kecewa dengan keputusan dicatat pada perlawanan berkenaan.

Menurutnya, sebahagian pemain tidak menunjukkan tahap prestasi sebenar yang diinginkan.

Bagaimanapun tahap permainan lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini.