21 maut bot terbalik di Laut Merah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SANAA - Seramai 21 penumpang, termasuk 12 wanita dan tujuh kanak-kanak maut selepas bot yang dinaiki terbalik di Laut Merah,Yaman pada petang Selasa.

Bot yang membawa 27 penumpang itu dilaporkan terbalik di luar daerah Alluheyah utara bandar pelabuhan Hodeidah, lapor Xinhua.

Kesemua penumpang dilaporkan dalam perjalanan dari Alluheyah ke Pulau Kamaran, untuk menghadiri majlis perkahwinan.

"Enam lagi penumpang dilaporkan terselamat dan dibawa ke Hospital Al-Thawra di bandar Hodeidah untuk menerima rawatan,” kata pegawai majlis daerah Akram al-Ahdal

Kemalangan dipercayai berpunca akibat angin kencang. - Bernama