Alunan al-Quran jentik hati dua pelancong Jepun peluk Islam

Gambar dikongsikan di Facebook Jawi pada Selasa.
Gambar dikongsikan di Facebook Jawi pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kemerduan bacaan al-Quran dialunkan peserta tilawah telah menjentik hati dua pelancong dari Jepun untuk memeluk Islam.

Kisah tersebut dikongsikan menerusi Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) pada Selasa.

Menerusi kemas kini tersebut, wanita berkenaan telah mengunjungi Masjid Negara dan secara kebetulan mendengar alunan ayat suci al-Quran dalam Majlis Saringan Tilawah Al-Quran anjuran Jawi.

Menurut kenyataan itu, seorang peserta tilawah berkesempatan menyampaikan tentang keindahan Islam kepada mereka berdua.

"Alhamdulillah mereka melafazkan syahadah hari ini (Selasa) sebelum kembali ke Tokyo.

"Ketika sebahagian orang terpaut hatinya kepada keindahan Islam, mengapa sebahagian kita masih tercari-cari dan meragui kebenarannya," menurut kenyataan tersebut.

Masjid Negara merupakan salah satu destinasi tumpuan pelancong dari luar negara termasuk dari matahari terbit tersebut.

Sebelum ini, tular seorang pekerja pembersihan yang menyantuni pelancong dari negara tersebut berkomunikasi dengan bahasa Jepun.