Gempa kuat landa Filipina, lima terbunuh

Orang ramai berkumpul di kawasan terbuka selepas gempa kuat menggoncang tengah Filipina, hari ini.
Orang ramai berkumpul di kawasan terbuka selepas gempa kuat menggoncang tengah Filipina, hari ini.
A
A
A

MANILA - FILIPINA. Sekurang-kurangnya lima maut selepas gempa berkekuatan 6.3 skala Richter menggegar tengah Filipina, hari ini.

Beberapa bangunan pejabat di daerah perniagaan utama di bandar Makati turut merasai gegaran kuat tersebut.

Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan gempa pada jam 5.11 petang (waktu tempatan) itu berlaku kira-kira 60 kilometer barat laut Manila pada kedalaman 40 kilometer.

Gambar dan rakaman video yang dikongsi di media sosial turut menunjukkan pemindahan dilakukan di beberapa sekolah dan bangunan sebagai langkah berjaga-jaga. - AFP

Artikel Berkaitan: