Rizab antarabangsa BNM AS$114.3 bilion pada 28 Februari

Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia
A
A
A

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$114.3 billion (US$1=RM4.47) pada 28 Februari 2023.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Bank pusat dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$102.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).

Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM614.91 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM501.63 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.8 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.06 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.7 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM71.56 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM155.52 bilion), mata wang dalam edaran (RM159.54 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM213.18 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.02 bilion), deposit lain (RM37.45 bilion), kertas Bank Negara (RM6.7 bilion), peruntukan SDR (RM28.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.17 bilion). - Bernama