'Cubaan hapus semak dan imbang di Pulau Pinang' - Wan Saiful

Usul untuk mengosongkan kerusi terhadap empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan pada Isnin. Gambar kecil: Wan Saiful
Usul untuk mengosongkan kerusi terhadap empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan pada Isnin. Gambar kecil: Wan Saiful
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengosongan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang dilihat sebagai satu cubaan untuk menghapuskan peranan semak dan imbang di negeri itu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan turut menyifatkan tindakan itu sebagai satu titik hitam dalam sejarah Pulau Pinang dan cubaan pihak tertentu untuk bermaharajalela.

Beliau mendakwa, kerajaan DAP dan UMNO akan melakukan apa sahaja terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang yang akan berlangsung dalam masa terdekat.

“Saya amat kesal dengan kezaliman ini. Ketakutan mereka terhadap kebangkitan dan sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) semakin lama semakin jelas.

“Bagi saya, tindakan meluluskan usul pengosongan empat kerusi ADUN PN di Pulau Pinang ini melambangkan ketakutan mereka. Mereka menggunakan segala kuasa yang ada termasuklah kuasa yang ada di DUN.

“Seharusnya tunggulah dulu sehingga PRN yang kita tahu tidak berapa bulan lagi. Kerakusan ini menyebabkan mereka meluluskan usul untuk memaksa wakil rakyat terlibat terpaksa mengosongkan kerusinya hari ini,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pada Isnin, usul untuk mengosongkan kerusi terhadap empat ADUN daripada Bersatu telah diluluskan oleh DUN Pulau Pinang.

Usul tersebut dikemukakan oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman dan disokong oleh Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) yang kemudiannya mendapat sokongan majoriti ahli dewan.

Susulan daripada itu, ADUN Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim; ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq; ADUN Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim dan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin diarahkan keluar dari Dewan oleh Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.

Empat ADUN tersebut keluar dari Dewan setelah usul Pengisytiharan Kekosongan Kerusi DUN Pulau Pinang diluluskan DUN Pulau Pinang.
Empat ADUN tersebut keluar dari Dewan setelah usul Pengisytiharan Kekosongan Kerusi DUN Pulau Pinang diluluskan DUN Pulau Pinang.


Penyingkiran empat ADUN Bersatu tidak sah, Bersatu dakwa kuasa majoriti disalah guna

Ketua Penerangan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Malaysia, Razali Idris mendakwa keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang meluluskan usul menyingkirkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu adalah tidak sah.

Menurutnya, ini kerana Perkara 14A tidak boleh diguna pakai terhadap ADUN Bersatu kerana mereka tidak pernah melompat masuk parti lain.

“Mereka menang dan dipilih sebagai ahli Bersatu hingga hari ini.

“Pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hanya akan menyalah gunakan kuasa majoriti untuk menyingkir ahli DUN yang telah dipilih secara sah tanpa sebarang alasan kukuh.

"Mereka hanya mahu melemahkan Bersatu menjelang Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dakwanya lagi, tindakan secara eksekutif yang dibuat oleh pihak DUN di bawah pimpinan PH dan BN adalah untuk menjaga kepentingan kepimpinan parti mereka.

"Sehingga hari ini, PKR belum lagi menjelaskan mengapa kedua-dua ADUN mereka telah dibuang," katanya.

Beliau pada masa sama menegaskan, Bersatu telah melakukan perubahan terhadap akta yang melarang lompat parti dan Bersatu hanya mengundi untuk perubahan kerana terdapat peruntukan perlindungan yang mencukupi tertera di dalamnya.

“Kewujudan akta tersebut menyebabkan parti politik kekal bebas untuk mengubah kesetiaan masing-masing.

"Dengan akta tersebut parti politik tidak boleh mengawal wakil rakyat masing-masing dengan ugutan pemecatan jika mereka bertukar parti.

“Kami tidak mahu merompak kuasa rakyat dalam memilih wakil rakyat pilihan mereka,” jelasnya.

Pada Isnin, DUN Pulau Pinang meluluskan usul untuk mengosongkan kerusi terhadap empat ADUN daripada Bersatu.

Usul tersebut dikemukakan oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman dan disokong oleh Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) yang kemudiannya mendapat sokongan majoriti ahli dewan.

Susulan daripada itu, ADUN Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim, ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan ADUN Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim dan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin diarahkan keluar dari Dewan oleh Speaker DUN Pulau Pinang, Daruk Law Choo Kiang.