Medvedev dalam kelas tersendiri

Medvedev mengungguli final ATP Dubai awal pagi Ahad. - Foto AFP
poses with his trophy after winning against Andrey Rublev (not pictured) during the ATP Dubai Duty Free Tennis Championship final match in Dubai, on March 4, 2023. (Photo by Karim SAHIB / AFP)
Medvedev mengungguli final ATP Dubai awal pagi Ahad. - Foto AFP poses with his trophy after winning against Andrey Rublev (not pictured) during the ATP Dubai Duty Free Tennis Championship final match in Dubai, on March 4, 2023. (Photo by Karim SAHIB / AFP)
A
A
A

PEMAIN tenis sensasi, Daniil Medvedev berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul kejuaraan ketiga dalam tempoh tiga minggu setelah mengalahkan rakan senegara dari Rusia, Andrey Rublev pada final ATP Dubai awal pagi Ahad.

Bekas pemain nombor satu dunia berkenaan menang 6-2, 6-2 ke atas juara bertahan tersebut.

Pemain berusia 27 tahun itu pada separuh akhir menamatkan rentetan 20 kemenangan berturut-turut Novak Djokovic pada aksi separuh akhir.

“Saya sangat gembira melalui tiga minggu ini dan tidak sabar untuk meraih kejuaraan seterusnya,” ujar Medvedev yang melebarkan rekod 14 kemenangan berturut-turut.

Medvedev tiba di Dubai selepas meraih gelaran berturut-turut di Rotterdam dan Qatar.

“Ia sangat menakjubkan kerana di awal tahun segala-galanya tidak sempurna.

“Dalam tenis, apabila anda tidak memenangi perlawanan, anda akan berasa tidak yakin. Sekarang ia lebih baik,” katanya.

Medvedev ketika ini mempunyai 18 gelaran jelajah.

Dia juga menjadi pemain ketiga memenangi tiga gelaran dalam tempoh beberapa minggu sejak 2021, menyertai Casper Ruud (Julai 2021) dan Felix Auger-Aliassime (Oktober 2022).