Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf bantu golongan asnaf

Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf bermula 24 Mac hingga 28 April 2023 bertempat di Dataran Karangkraf, Shah Alam.
Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf bermula 24 Mac hingga 28 April 2023 bertempat di Dataran Karangkraf, Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM- [KEMAS KINI] Setiap kali tiba bulan Ramadan nama Sinar Harian tidak asing lagi dalam mengadakan Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf bersama orang ramai.

Ketua Projek, Firdaus Hussamuddin berkata, program yang bermula 24 Mac hingga 28 April 2023 bertempat di Dataran Karangkraf, Shah Alam itu bertujuan bagi membantu golongan yang memerlukan.

"Kita memberi peluang dan mengutamakan keluarga asnaf dan mahasiswa untuk datang berbuka puasa secara percuma. Mereka boleh datang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

"Oleh itu, kami sangat mengalu-alukan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan korporat atau individu perseorangan yang ingin berinfaq bersama-sama untuk membantu mereka yang berada dalam kesempitan hidup," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, majlis iftar itu mampu menampung sehingga 1,000 pengunjung setiap hari.

Katanya, bagi yang ingin merasai suasana berbuka puasa secara terbuka dan duduk bersila atas tikar beramai-ramai, mereka perlu membuat panggilan untuk tempahan terlebih dahulu.

"Setiap hari, dianggarkan seramai 1,000 orang namun semua ini berdasarkan kepada tempahan terlebih dahulu. Kita akan pastikan makanan yang disediakan cukup untuk semua orang.

"Jadi orang ramai perlu membuat panggilan sekurang-kurangnya satu hari sebelum menyertai program berbuka puasa ini, " jelasnya.

Bagaimanapun kehadiran Ramadan tahun ini, syarikat tersebut menampilkan kelainan apabila meneruskan tradisi itu dengan menjemput selebriti dan influencer atau pempengaruh hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis berkenaan.

"Insya-ALLAH tahun ini kita mungkin akan menjemput selebriti dan influencer," ujarnya.

Firdaus yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf turut memberitahu, kepada mana- mana pihak yang ingin sertai program tersebut untuk memberi infaq makanan, barangan atau berbentuk wang tunai boleh menyalurkan sumbangan terbabit melalui akaun SINAR KARANGKRAF SDN BHD 564276 529068 (Maybank) atau melalui pautan ini https://info.sinarharian.com.my/tabung-infak-iftar-karangkraf/.


Sumbangan untuk Tabung Infak Iftar Karangkraf boleh dibuat melalui pautan ini: https://info.sinarharian.com.my/tabung-infak-iftar-karangkraf/