Covid-19: 244 kes baharu, lima kematian

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 244 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis dengan dua kes import dicatatkan.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, lima kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat malam tadi.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak dua kes adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara akibat Covid-19 ialah 36,965 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 kini merekodkan sebanyak 9,256 kes, dengan 8,896 atau 96.1 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 353 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan tujuh pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Dua daripada pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada kes sembuh yang direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kekal 4,997,031 kes.