Tiada mangsa terlibat insiden tanah runtuh

Insiden tanah runtuh di Jalan Kiara 6, Kampung Dato Abd Rahman Yassin di sini yang tular di laman Twitter.
Insiden tanah runtuh di Jalan Kiara 6, Kampung Dato Abd Rahman Yassin di sini yang tular di laman Twitter.
A
A
A

KLUANG – Polis Kluang mengesahkan insiden tanah runtuh di Jalan Kiara 6, Kampung Dato Abd Rahman Yassin di sini yang tular di laman Twitter pada Rabu, tidak melibatkan mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Assisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, biarpun dalam klip video berkenaan ada kelihatan sebuah rumah berhampiran kawasan runtuhan tanah, namun rumah berkenaan disahkan tidak berpenghuni.

“Kalau ikutkan, memang tanah runtuh itu berlaku di belakang rumah tu...tapi saya dah tanya OCS (ketua polis balai), rumah tu tanah lot.

“Hanya ada satu rumah di situ, tapi tuan rumah sudah tiada di situ...dah pindah ke Subang, Selangor. Jadi, rumah tu kosong.

“Apa pun, kita akan tetap buat pemantauan dari semasa ke semasa berhubung perkara ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sebelum itu satu klip video yang memaparkan kejadian tanah runtuh dikatakan berlaku di Jalan Kiara 6, Kampung Dato Abd Rahman Yassin, Kluang, tular menerusi laman Twitter Bencana2023.

Sementara itu, sumber daripada Majlis Perbandaran Kluang (MPK) mengatakan bahawa kejadian tanah runtuh berkenaan kini dalam perhatian.

Bagaimanapun, namun tiada sebarang kenyataan yang boleh dikeluarkan buat masa ini berhubung perkara berkenaan.