Manchester United bangkit singkir West Ham di Old Trafford

Harry Maguire antara watak diturunkan Ten Hag ketika berdepan West Ham di Stadium Old Trafford. - Foto Agensi
Harry Maguire antara watak diturunkan Ten Hag ketika berdepan West Ham di Stadium Old Trafford. - Foto Agensi
A
A
A

JUARA Piala Liga, Manchester United menampilkan karisma luar biasa apabila bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk mengalahkan West Ham United 3-1 bagi mengesahkan slot suku akhir Piala FA.

Pada perlawanan di Stadium Old Trafford itu, Manchester United kendalian Erik ten Hag itu terlebih diheret tanpa terikat tanpa jaringan angkatan David Moyes pada separuh masa pertama dalam aksi berintensiti tinggi itu.

The Hammers mula memimpin perlawanan apabila Said Benrahma meledak gol pendahuluan pelawat pada minit ke-54.

Namun gol sendiri pemain West Ham, Nayef Aguerd minit ke-77 dan jaringan lewat daripada Alejandro Garnacho (m-90) dan Fred (m-95) menghantar tuan rumah ke pusingan lapan terakhir.

Sementara itu, Tottenham Hotspur dan Southampton mengucapkan selamat tinggal kepada kejuaraan tersebut apabila mengalami kekalahan mengejut pada kepada lawan masing-masing.

Tottenham kendalian Antonio Conte mengalami kekalahan 1-0 kepada kelab Liga Kejuaraan, Sheffield United di Stadium Bramall Lane selepas Iliman Ndiaye menjaringkan gol 11 minit sebelum tamat perlawanan untuk mengejutkan pelawat.

Sementara itu, Grimsby Town, yang berada di tempat ke-16 dalam Divisyen Dua, meneruskan impian memburu Piala FA apabila dua sepakan penalti Gavan Holohan menumbangkan Southampton di Stadium St Mary's.

Kemenangan The Mariners itu juga menghantar pasukan itu ke pusingan lapan terakhir buat kali pertama dalam tempoh 84 tahun.

Pendahulu kejuaraan, Burnley menewaskan Fleetwood Town 1-0 dalam perlawanan lain untuk menyertai Manchester City, Brighton & Hove Albion, Fulham dan Blackburn Rovers di suku akhir.

PIALA FA

SUKU AKHIR

Manchester City lwn Burnley

Manchester United lwn Fulham

Brighton & Hove Albion lwn Grimsby Town

Sheffield United lwn Blackburn Rovers

* Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 18 Mac