Shanghai Port pertaruh pengalaman Pereira

Javier Pereira
Javier Pereira
A
A
A

BEKAS juara Liga Super China, Shanghai Port mengumumkan Javier Pereira dari Sepanyol sebagai pengendali baharu kelab itu.

Pereira merupakan pengganti jangka panjang kepada pengendali dari Croatia, Ivan Leko, yang mengetuai juara 2018 itu ke tempat keempat Liga Super China tahun lalu sebelum mengambil alih tugasan di Hadjuk Split.

Pereira mempunyai pengalaman bekerja di China setelah berkhidmat sebagai penolong jurulatih kepada Jordi Cruyff di Chongqing Lifan.

Dia mengambil alih sebagai ketua jurulatih di Henan Longmen pada 2020, namun meninggalkan kelab itu selepas kurang daripada dua musim bagi menyahut cabaran bersama Levante di La Liga.

Bagaimanapun, dia hanya mampu bertahan kurang dua bulan bersama kelab Sepanyol itu sebelum kembali ke Henan menjelang permulaan musim 2022.