206 kes baharu, satu kematian dilaporkan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 206 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan lima daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak satu kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Sehubungan itu, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,959 kes.

Sementara itu, sebanyak 9,277 kes aktif Covid-19 dicatatkan dengan 8,901 atau 96.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah manakala 340 pesakit lagi ditempatkan di hospital.

Sebanyak tujuh pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, tiga pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Selasa ialah 176 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,996,761 kes.