Toby 'tinggalkan' Syed Saddiq

Toby begitu rapat dan sentiasa menemani Syed Saddiq.
Toby begitu rapat dan sentiasa menemani Syed Saddiq.
A
A
A

SHAH ALAM - Tanggal 28 Februari mungkin meninggalkan memori duka buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila kehilangan kucing kesayangannya, Toby.

Toby cukup dikenali dalam kalangan pengikut media sosial Presiden Parti Ikatan Demokratik (Muda) itu kerana beliau dilihat sering kali berkongsi keletah manja sahabat baiknya.

Dalam satu perkongsian di Twitter, Syed Saddiq memberitahu, kucing kesayangannya itu mati secara tiba-tiba.

“Begitu tiba-tiba. Sangat sedih. Saya sangat merinduinya.

“Terima kasih kerana berada di sana untuk saya dalam masa yang sukar. Semoga anda berehat dengan baik di ‘syurga kucing,” katanya.

Sementara itu, beberapa pengikut Syed Saddiq turut berkongsi kesedihan dengan kehilangan Toby.

Pemilik akaun @FirdausAzil misalnya, berasa sedih mendengar perkhabaran berkenaan.

Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun pula menyatakan setiap pemilik kucing tahu betapa sedihnya apabila kehilangan kucing mereka.