RCI Wang Kelian memasuki hari ketiga

Anggota forensik Polis DiRaja Malaysia memeriksa jenazah yang ditemui di kubur yang tidak ditanda berhampiran Wang Kelian di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand. - Foto fail AP
Anggota forensik Polis DiRaja Malaysia memeriksa jenazah yang ditemui di kubur yang tidak ditanda berhampiran Wang Kelian di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand. - Foto fail AP
A
A
A

PUTRAJAYA - Pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis memasuki hari ketiga hari ini.

Prosiding hari ini dimulakan dengan saksi ketujuh Asisten Superintendan Jamaludin Shah Mohd Jawan yang kini Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, Kelantan memberi keterangan.

RCI berkenaan bermula pada Rabu lepas melibatkan empat saksi memberi keterangan pada hari pertama. Hari kedua iaitu Khamis melibatkan dua lagi saksi.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Saya dilarang kembali ke kawasan operasi'

Sindiket minta RM2,000 daripada PATI

Kewujudan trek dikesan lebih awal

RCI berkenaan berlangsung di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri yang diubahsuai menjadi mahkamah dengan bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mempengerusikan RCI yang dianggotai tujuh anggota dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai sebagai timbalan pengerusi.

Artikel Berkaitan:

Lima anggota RCI ialah bekas Ketua Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Noobahri Baharuddin; Tan Sri Razali Ismail yang baru meletak jawatan sebagai Pengerusi Suhakam; bekas Ketua Penyelidik Jabatan Peguam Negara, Datuk Junaidah Abd Rahman; bekas Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain dan bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Dr. Tan Seng Giaw.

Pada 2015, negara dikejutkan dengan penemuan 147 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand.

RCI, yang diperkenan penubuhannya oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Januari lepas, antara lain akan meneliti semua dokumen dan bukti berkaitan dengan kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian. - Bernama