Manuel Ott diumum ketua pasukan KDA 2023

Manuel Ott sebelum ini membantu Terengganu FC muncul Naib Juara Liga Super 2022. - Foto: KDA FC
Manuel Ott sebelum ini membantu Terengganu FC muncul Naib Juara Liga Super 2022. - Foto: KDA FC
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC mengumumkan pemain tengah importnya, Manuel Ott sebagai ketua pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023

Kelab tersebut dalam satu kenyataan berkata, Ott yang mempunyai kerakyatan Filipina akan dibantu dua Penolong Ketua Pasukan iaitu pemain naturalisasi, Lee Tuck dan Akmal Md Zahir.

Pemain berusia 30 tahun tersebut akan membuat penampilan pertama sebagai ketua pasukan Sang Kenari menjelang aksi pembukaan Liga Super 2023 pada malam Sabtu menentang Perak FC.

KDA FC berkata, barisan kejurulatihan diketuai Nafuzi Zain dan pengurusan pasukan Sang Kenari memutuskan pelantikan tersebut selepas menilai semua pemain sepanjang aksi pramusim 2023 termasuk perlawanan persahabatan di Turkiye.

Corak permaina Ott yang dibawa masuk dari Terengganu FC sememangnya dikenali Nafuzi kerana telah bersama Naib Juara Liga Super 2022 itu sebelum memutuskan berhijrah menyertai Sang Kenari.

Pemain yang dilahirkan di Jerman itu juga pernah beraksi bersama Melaka United pada musim 2021.