Tujuh maut, siklon Freddy badai Madagascar

Seramai 68,809 orang di tujuh wilayah dilaporkan terjejas. Foto AP
Seramai 68,809 orang di tujuh wilayah dilaporkan terjejas. Foto AP
A
A
A

ANTANANARIVO - Angka kematian akibat Siklon Tropika Freddy kini meningkat kepada tujuh orang, manakala lebih 13,000 lagi hilang tempat tinggal, menurut Pejabat Pengurusan Risiko Bencana Negara (BNGRC) pada Khamis.

Seramai 68,809 orang di tujuh wilayah dilaporkan terjejas, manakala lebih 12,000 kediaman dinaiki air atau rosak, dan 1,206 lagi musnah, lapor Xinhua.

"Kami dan rakan kemanusiaan kami menyokong kerajaan dalam tindak balas kemanusiaan dan telah menyalurkan bantuan kepada kira-kira 7,000 mangsa," kata ketua jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres, Stephane Dujarric.

Jurucakap itu juga berkata agensi-agensi kemanusiaan akan mula mengagihkan wang tunai dan bantuan pendidikan pada minggu depan.

Siklon Tropika Freddy melanda tenggara negara itu sebelum bergerak ke arah barat daya. - Bernama