Kebakaran hutan: Suami isteri cedera diserang lebah

Wanita yang disengat lebah liar dibawa ke hospital berdekatan. - Agensi
Wanita yang disengat lebah liar dibawa ke hospital berdekatan. - Agensi
A
A
A

BANGKOK - Sepasang warga emas cedera parah selepas diserang ribuan lebah liar di hadapan rumah mereka di daerah Baan Pak, Thailand, lapor Thaiger.

Semasa kejadian, sekumpulan lebah tiba-tiba menyerang pasangan suami isteri yang sedang berehat di luar rumah sehingga menyebabkan mereka mengalami puluhan sengatan di muka dan badan.

Difahamkan wanita tersebut mengalami kecederaan serius sehingga menyebabkan dia lumpuh sementara waktu manakala pasangannya hanya mengalami cedera ringan selepas berjaya melarikan diri.

Jurucakap pasukan perubatan berkata, pihaknya membawa pasangan itu mendapatkan rawatan lanjut di hospital berdekatan dan status mengenai keadaan mereka tidak dapat dipastikan.

Menurut Jabatan Pencegahan Bencana, kejadian dipercayai berlaku akibat beberapa kebakaran hutan di wilayah utara Thailand.

Kataya, asap bertoksik yang menyelubungi wilayah itu telah menjejaskan hidupan haiwan liar dan menyebabkan mereka mencari tempat perlindungan sehingga sesat memasuki kawasan kampung berdekatan. - Agensi