PRN: Calon BN kekal guna lambang dacing

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Semua calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang kekal menggunakan menggunakan lambang parti iaitu dacing.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, soal pembahagian kerusi telah mula dibincangkan di dalam Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

"Soal pembahagian kerusi telah mula bincang tetapi belum dimuktamadkan," katanya menerusi sidang akhbar selepas mengadakan sesi lawatan rasmi ke Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) di sini pada Khamis.

Menurutnya, BN menjalinkan kerjasama dengan semua parti di bawah seketeriat tersebut.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai perkembangan perbincangan kerusi bagi menghadapi PRN akan datang.

Sebelum ini, enam negeri dilaporkan sepakat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada dua minggu terakhir Jun depan bagi memberi laluan kepada PRN.

Negeri-negeri berkenaan ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu.

Keenam-enam negeri itu tidak mengadakan PRN serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November tahun lalu sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran DUN.