Alamanda Putrajaya anjur Karnival VIKids sempena cuti sekolah

Pengunjung kanak-kanak berpeluang memenangi hadiah seperti set alat seni, mainan lembut dan Pas Superkidz Day.
Pengunjung kanak-kanak berpeluang memenangi hadiah seperti set alat seni, mainan lembut dan Pas Superkidz Day.
A
A
A

PUTRAJAYA - Bersempena musim cuti persekolahan, Pusat Beli-Belah Alamanda Putrajaya menganjurkan Karnival VIKids bermula 18 Februari sehingga 12 Mac ini.

Karnival itu membawakan pelbagai aktiviti menarik yang menampilkan permainan menyeronokkan untuk ahli VIKids.

Ahli VIKids layak menerima sekeping pas karnival yang boleh digunakan untuk meneroka kepelbagaian aktiviti yang mempunyai tema berlainan di ruang legar utama Alamanda.

Menggunakan Pas Karnival VIKIDs, kanak-kanak berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki karusel serta bermain permainan arked dan taman tema selain menikmati gula gula kapas yang diedarkan secara percuma.

Setiap ahli VIKids akan menerima satu Pas Karnival yang boleh ditebus untuk setiap hari, selagi stok masih ada dan ia terhad untuk dua ahli VIKids untuk setiap keluarga sehari.

Setiap Pas Karnival akan dilabel setelah ahli VIKids melengkapkan aktiviti-aktiviti di karnival dan Pas Karnival tersebut perlu diserahkan kepada kaunter servis untuk peluang memenangi hadiah di 'Wheel of Prizes'.

Karnival VIKids bermula 18 Februari sehingga 12 Mac ini di ruang legar utama Alamanda.
Karnival VIKids bermula 18 Februari sehingga 12 Mac ini di ruang legar utama Alamanda.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, Alamanda yang sinonim sebagai Pusat Beli-Belah keluarga akan sentiasa mendukung kesejahteraan dalam kelompok komuniti.

Katanya, Pertubuhan Kelab VIKids membawa objektif untuk memberi ruang kepada anak kecil menjalankan aktiviti sihat sambil menimba ilmu.

“Susulan sekatan yang disebabkan oleh Covid-19, pihak kami terpaksa menamatkan tempoh karnival VIKids yang terakhir dijalankan pada 2020 selepas lima hari.

"Karnival yang sememangnya ditunggu-tunggu ini akan diadakan dengan sambutan meriah berganda dan menjadi satu detik yang tidak akan dilupakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.alamanda.com.my.