229 kes baharu Covid-19, tiada kematian dilaporkan

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 229 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dan tiada kes import dilaporkan.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, tiada kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan menjadikan jumlah kematian dalam negara kekal sebanyak 36,957 kes.

Sementara itu, sebanyak 9,324 kes aktif Covid-19 dicatatkan dengan 9,001 atau 96.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah manakala 315 pesakit lagi ditempatkan di hospital.

Sebanyak lapan pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, enam pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Rabu ialah 227 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara sebanyak 4,995,306 kes.