Pesara jadi jutawan dalam sekelip mata

Mizan (dua dari kanan) bergambar bersama Mohamad Idrus (dua dari kiri) pada Majlis Penyampaian Hadiah Al Awfar Bank Islam di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Rabu. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Mizan (dua dari kanan) bergambar bersama Mohamad Idrus (dua dari kiri) pada Majlis Penyampaian Hadiah Al Awfar Bank Islam di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Rabu. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A
KUALA LUMPUR – [KEMAS KINI] Seorang pesara Mohamad Idrus Ismail, 63, dari Alor Setar, Kedah bergelar jutawan selepas memenangi cabutan utama akaun Al-Awfar Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) bernilai sebanyak RM1 juta.

Mohamad Idrus yang juga bekas pensyarah Institut Al Quran Darul Aman, Yayasan Islam Kedah berkata, dia tidak menyangka bergelar jutawan dalam sekelip mata kerana baru sahaja membuka akaun Al-Awfar tiga bulan lalu.

Menurut Mohamad Idrus, beliau akan melunaskan semua hutang pinjaman bank dan menghantar ahli keluarganya untuk menunaikan umrah manakala baki wang kemenangan akan disimpan semula dalam akaun yang sama.



"Walaupun saya adalah pelanggan sedia ada Bank Islam namun baru sahaja menyertai akaun Al-Awfar tiga bulan lalu dan pada peringkat awal ini saya akan gunakan wang kemenangan untuk membayar semua hutang bank yang ada sehingga selesai.

"Selepas itu saya berhasrat untuk menghantar keluarga saya menunaikan umrah selain akan terus menyimpan wang ini dalam akaun bank yang sama," katanya kepada Sinar Harian di sebuah hotel di ibu negara pada Rabu.

Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Akaun Al-Awfar yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Perniagaan Runcit Kumpulan Bank Islam, Mizan Masram.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bank Islam, Mohamed Iran Moriff Mohd Shariff.

Dalam pada itu, Mizan menjelaskan sejak tahun 2009, seramai 38 orang pelanggan telah menerima gelaran Jutawan Al- Awfar dengan meraih hadiah utama bernilai RM1 juta setiap seorang.