Dua suspek kes pecah rumah diberkas

Antara barang yang dirampas polis. - Gambar kecil: Rahmat
Antara barang yang dirampas polis. - Gambar kecil: Rahmat
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga Indonesia kerana dipercayai aktif terlibat dalam kes pecah rumah dan curi sekitar Johor Bahru, kira-kira jam 1.20 pagi Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner, Rahmat Ariffin, suspek mengaku aktif melakukan kes pecah rumah di kawasan Tongkang Pecah, Batu Pahat dalam tempoh lapan bulan dengan cara mengumpil pintu ‘sliding’ rumah mangsa.

"Hasil soal siasat juga mendapati, suspek warga tempatan itu memiliki lima rekod jenayah lampau manakala suspek warga Indonesia tidak memiliki sebarang rekod.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan bagi mengenal pasti kes-kes melibatkan suspek sama.