PU pilih janda, cerai isteri sedang hamil

No Image Caption
A
A
A
PENCETUS Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi atau lebih dikenali dengan nama PU Abu tidak menafikan luahan bekas isterinya, Ain Afini di media sosial seperti yang tersebar kini.

Namun, PU Abu yang menjadi peserta program Pencetus Ummah (PU) musim ketiga pada 2015 berkata, dia mempunyai ceritanya sendiri.

"Kenyataan Ain sudah menjawab. Memang ada (penjelasan) daripada pihak saya. Saya ada cerita saya sendiri," ujarnya ringkas seperti dipetik dari Mstar Online.

PU Abu ketika ini berada di Madinah.

Terdahulu, bekas isteri PU Abu, Ain Afini telah membuat pendedahan pada Jumaat lalu bahawa dia telah sah diceraikan ketika sarat mengandung.

"Pada 13.3.2019 saya telah dilepaskan dan ditinggalkan oleh bekas suami saya Pencetus Ummah Abu Sufyan kerana beliau memilih untuk bernikah dengan seorang janda bernama Hana Azraa.

“PU Abu meminta saya bersetuju untuk berpoligami selepas dua bulan bernikah tetapi saya menolak kerana perkahwinan kami masih terlalu awal.

“Saya meminta dia memilih sama isteri dan anak atau wanita tersebut. Jadi dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini,” katanya menerusi status dimuat naik di Instagram.

Tambah Ain, dia cuba untuk tidak menghebahkan kepada orang lain, namun ramai yang telah menghidu perkara ini.
Artikel Berkaitan:


Ain juga berharap, agar tiada pihak bertanya kepadanya kerana dia sedang hamil tujuh bulan dan memerlukan waktu bertenang untuk bersalin dan berpantang nanti.

Dia juga tidak memperbesarkan isu itu kerana membabitkan maruah keluarga, namun akan membawa kes itu ke mahkamah sebaik habis berpantang kelak.