Lebih 3,000 orang terbunuh di Myanmar

TERJEMAHAN SINAR HARIAN

Polis menggunakan belantan ketika menahan orang awam yang menyertai protes antirampasan kuasa di Yangon dua tahun lalu. - Agensi
Polis menggunakan belantan ketika menahan orang awam yang menyertai protes antirampasan kuasa di Yangon dua tahun lalu. - Agensi
A
A
A

YANGON - Pasukan keselamatan Myanmar didakwa membunuh lebih 3,000 orang termasuk wanita dan kanak-kanak sejak gelombang tunjuk perasaan meletus di seluruh negara itu pada 1 Februari 2021.

Namun, Persatuan Bantuan untuk Tawanan Politik (AAPP) tidak menolak kemungkinan jumlah sebenar mangsa jauh lebih tinggi susulan tindakan ganas junta tentera selepas menggulingkan kerajaan dipilih rakyat.

Menurut kumpulan aktivis itu, mangsa terbaharu kekejaman junta merupakan seorang rahib wanita dikenali sebagai Sate.

Mangsa yang berusia 70 tahun maut selepas rumahnya dibakar anggota Tatmadaw dalam kejadian di Khin-U di wilayah Sagaing.

Tambah AAPP, sebahagian besar pembunuhan orang awam berlaku di Sagaing (1,229 orang) diikuti Mandalay (350) dan Yangon (316).

Selain itu, AAPP turut mendedahkan seramai 19,739 orang telah ditangkap dan daripada jumlah tersebut 15,882 orang lagi masih dalam tahanan.

Gambaran sebenar keganasan menjadi sukar untuk dinilai sejak pertempuran merebak ke kawasan yang lebih terpencil di mana kumpulan pemberontak etnik minoriti turut memerangi tentera. - Agensi