Gempa bumi: Belgium sudah 10 hari buka hospital di Turkiye

A
A
A

KIRIKHAN, TURKIYE - Pasukan perubatan Belgium, antara negara Eropah yang menghulurkan bantuan perubatan di negara ini selepas tragedi gempa bumi berukuran 7.8 skala Richter pada 6 Februari lalu.

Seorang doktor warga Belgium yang enggan dinamakan dan gambarnya dirakam berkata, hospital lapangan bencana dibina di kawasan lapang berhampiran Hospital Negeri Kirikhan.

Hospital lapangan di Kirikhan ini turut ditaja Kesatuan Eropah.
Hospital lapangan di Kirikhan ini turut ditaja Kesatuan Eropah.

Katanya, ini kerana sebahagian daripada hospital mengalami kerosakan dan tidak mampu untuk menampung jumlah pesakit yang ramai.

"Hari ini sudah masuk hari ke sepuluh kami berada di sini dan sejak dibina, kami telah merawat 108 pesakit yang cedera.

"Kami membawa beberapa orang doktor yang pakar dalam bidang masing-masing," katanya kepada Sinar Harian.

Pasukan perubatan Belgium membuka hospital lapangan di Kirikhan, Turkiye sejak 10 hari lalu.
Pasukan perubatan Belgium membuka hospital lapangan di Kirikhan, Turkiye sejak 10 hari lalu.

Melalui tinjauan di sini, hospital ini mempunyai kelengkapan sama seperti sebuah hospital termasuk terdapat 20 katil.

Terdapat juga lapan katil resusitasi untuk menempatkan kes yang sangat kritikal.

Hospital lapangan ini juga mendapat tajaan dari Kesatuan Eropah.

Keadaan dalam hospital lapangan yang mempunyai pelbagai peralatan moden umpama hospital sebenar.
Keadaan dalam hospital lapangan yang mempunyai pelbagai peralatan moden umpama hospital sebenar.

Sinar Harian bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Syria Care dan Task Emergency Medical Service (TEMS) ketika ini berada di Turkiye dalam misi menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi termasuk di Syria.

Dua hari lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa negara Eropah tidak menunjukkan usaha membantu Turki yang dilanda gempa bumi baru-baru ini, sebaliknya sanggup membelanjakan berbilion dolar untuk perang di Ukraine.

Hospital Negeri Kirikhan hanya mampu menampung sebahagian pesakit memandangkan sebahagian bangunan itu turut terkesan akibat gempa bumi pada 6 Februari lalu.
Hospital Negeri Kirikhan hanya mampu menampung sebahagian pesakit memandangkan sebahagian bangunan itu turut terkesan akibat gempa bumi pada 6 Februari lalu.

Katanya, negara Eropah lebih cenderung membantu Ukraine yang berperang dengan Rusia semata-mata mahu mempertahankan kedudukan mereka.


Sumbangan untuk Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x Syria Care boleh dibuat melalui pautan ini: https://info.sinarharian.com.my/tabung-bantuanbencana-sinar-karangkraf-x-syria-care/