Majikan belum diwajibkan bayar elaun pelajar latihan industri

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung elaun pelajar latihan industri adalah bertujuan untuk menggalakkan sektor swasta mencontohi langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan.

Unit Komunikasi Korporat kementerian itu dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan setakat ini tiada rancangan untuk mewajibkan pemberian elaun berkenaan pada masa ini kerana banyak syarikat masih melalui pemulihan pasca Covid-19.

Kenyataan itu turut memberitahu Hannah akan membawa perkara itu ke peringkat kabinet untuk dibincangkan.

“Penerangan dikeluarkan bagi mengulas maklum balas yang dikeluarkan oleh Persekutuan Majikan Malaysia yang menyatakan elaun mandatori untuk pelajar latihan industri akan menghalang majikan sektor swasta daripada menawarkan penempatan Latihan,” katanya.

Tambahnya, kerajaan amat menggalakkan agar syarikat swasta mencontohi sektor kerajaan untuk turut melaksanakan pembayaran elaun kepada para pelajar yang sedang menjalani latihan industri.

“Beliau juga turut menyatakan bahawa pertimbangan untuk menguatkuasakan pemberian elaun latihan industri oleh pihak swasta perlu diteliti daripada pelbagai aspek,” jelas kenyataan itu