Polis tahan dua peragut

Motosikal yang disyaki digunakan suspek untuk melakukan jenayah ragut. (Gambar kecil: Rantai emas yang disyaki diragut oleh suspek). - Foto PDRM
Motosikal yang disyaki digunakan suspek untuk melakukan jenayah ragut. (Gambar kecil: Rantai emas yang disyaki diragut oleh suspek). - Foto PDRM
A
A
A

SEREMBAN - Dua lelaki yang disyaki aktif meragut sejak awal tahun ini akhirnya kecundang apabila ditahan polis dalam satu operasi pada Jumaat.

Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, suspek berusia 26 dan 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 malam menerusi Op Rentap di sini.

Rantai emas yang disyaki diragut oleh suspek.
Rantai emas yang disyaki diragut oleh suspek.

"Ketika ditahan, suspek telah menunjukkan barang-barang yang diragut iaitu rantai emas.

"Hasil siasatan mendapati mereka terlibat dalam beberapa kes ragut di dalam daerah Seremban dengan menggunakan modus operandi memilih wanita yang menunggang motosikal seorang diri di kawasan sunyi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Nanda, suspek akan bertindak menghimpit motosikal mangsa sebelum meragut rantai atau gelang tangan yang dipakai oleh mangsa.

"Kedua-dua suspek kini di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 21 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.