Lebih ramai kontraktor, pemilik hotel ditahan selepas gempa bumi

Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 pada 6 Februari yang berpusat di wilayah Kahramanmaras, menjejaskan lebih 13 juta orang di 11 wilayah termasuk Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye, Sanliurfa dan Elazig. - Foto Bernama
Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 pada 6 Februari yang berpusat di wilayah Kahramanmaras, menjejaskan lebih 13 juta orang di 11 wilayah termasuk Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye, Sanliurfa dan Elazig. - Foto Bernama
A
A
A

ADIYAMAN/ADANA, TURKIYE - Mahkamah Turkiye pada Jumaat mengeluarkan perintah reman ke atas beberapa kontraktor bangunan, serta pemilik dan tiga pengurus hotel selepas gempa bumi besar melanda negara itu minggu lalu.

Pejabat Ketua Pendakwa Raya di Adıyaman dalam satu kenyataan memaklumkan seorang kontraktor direman selepas tujuh orang maut akibat runtuhan bangunan yang dibina lima tahun lalu.

Waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang lagi suspek yang didakwa subkontraktor bangunan yang sama, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.

Pemilik dan tiga pengurus Hotel Isias di wilayah Adıyaman turut direman susulan kematian beberapa orang serta ahli pasukan bola tampar Turki Cyprus Utara (TRNC).

Sementara itu, di wilayah selatan Adana, seorang lagi suspek direman atas dakwaan membina bangunan yang tidak sempurna.

Sekurang-kurangnya 39,000 orang terbunuh akibat gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye pada 6 Februari.

Lebih 13 juta orang terjejas akibat bencana itu.

Beberapa negara termasuk Syria dan Lubnan turut merasai gegaran kuat dalam tempoh kurang 10 jam. - Bernama


Sumbangan untuk Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x Syria Care boleh dibuat melalui pautan ini: https://info.sinarharian.com.my/tabung-bantuanbencana-sinar-karangkraf-x-syria-care/

Ikuti perkembangan semasa mengenai gempa bumi Turkiye di sini!