Polis Vietnam temui 2,000 bangkai kucing

Segelintir penduduk Vietnam menjadikan daging kucing atau anjing sebagai makanan. - Agensi
Segelintir penduduk Vietnam menjadikan daging kucing atau anjing sebagai makanan. - Agensi
A
A
A

HANOI - Polis Vietnam menjumpai kira-kira 2,000 bangkai kucing yang dipercayai digunakan untuk tujuan perubatan tradisional.

Bangkai tersebut ditemui bersama 480 haiwan hidup di rumah penyembelihan di wilayah Dong Thap di Delta Mekong pada Khamis.

Kucing itu disembunyikan dalam peti sejuk dan dipercayai untuk dihantar ke destinasi di utara Vietnam.

Segelintir pengamal perubatan tradisional mempercayai bahawa ekstrak tulang kucing boleh membantu menyembuhkan penyakit asma dan osteoporosis (penyakit tulang).

Menurut organisasi kebajikan haiwan Four Paws International, dianggarkan kira-kira sejuta kucing menjadi mangsa perdagangan hidupan liar haram setiap tahun di Vietnam.

Bagaimanapun, aktiviti memakan kucing dan anjing di negara tersebut adalah sah. Banyak restoran menghidangkan menu daging haiwan itu, tetapi mereka perlu menunjukkan sijil di mana asal-usulnya. - AFP