Gangguan bekalan air di Labuan

A
A
A
Pekerja di sebuah kedai pembekal sedang sibuk menyusun tangki air pelbagai saiz untuk dijual ketika tinjauan susulan permintaan pelanggan terhadap tangki itu yang semakin meningkat hari ini.

Bagi majoriti penduduk Labuan, memiliki tangki simpanan air persendirian kini menjadi satu kemestian sebagai alternatif ekoran kekerapan berlakunya gangguan bekalan air di pulau ini.

Krisis bekalan air bersih yang melanda Labuan melibatkan masalah pam rosak, paip pecah dan isu kekurangan paras air di tangki-tangki utama silih berganti sepanjang tahun menyebabkan gangguan bekalan air tidak menentu serta berpanjangan dan menjejaskan kehidupan harian penduduk di sini.

Masalah itu berlarutan dipercayai kerana kebanyakan paip retikulasi yang menyalurkan bekalan air bersih kepada pengguna di pulau ini sudah usang dan beroperasi selama lebih dari 30 tahun dan perlu diganti.

Buat masa ini, pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan terus berusaha untuk membekalkan bekalan air bersih ke tangki-tangki statik yang telah disediakan melalui lori tanker JBA, lori Perbadanan Labuan (PL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Bomba untuk menghantar ke kawasan-kawasan yang terjejas.
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Kraf Kelapa

No Image Caption
GALERI

Pemindahan Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel

No Image Caption
GALERI

Pulau Kucing

No Image Caption
GALERI

Pasar Karat Kuala Lumpur