Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari

No Image Caption
A
A
A

BURSA Malaysia positif semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, mencerminkan prestasi pasaran serantau berikutan wujud aktiviti belian saham pada harga rendah susulan jualan sebelum ini.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.20 mata kepada 1,490.41 daripada 1,488.19 pada Rabu.

Indeks utama dibuka rendah 0.35 mata kepada 1,487.84 dan bergerak antara 1,486.81 dan 1,494.54 sepanjang sesi pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 474 berbanding 325 manakala 402 kaunter tidak berubah, 1,012 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.38 bilion unit bernilai RM1.27 bilion.

Peniaga ActivTrades, Anderson Alves berkata, ekuiti Asia tinggi pada Khamis selepas hari positif di Wall Street, apabila harga didorong oleh data jualan runcit yang kukuh di Amerika Syarikat (AS), menunjukkan ‘hot economy’ pada awal tahun.

Beliau berkata petunjuk bercampur-campur untuk aset berisiko Asia boleh daripada dolar AS yang kukuh dan hasil Perbendaharaan AS yang tinggi jika harga baru-baru ini terus mendapat tarikan.

"Ia juga boleh menyebabkan pasaran menilai semula tahap kadar jangka pendek jika data AS yang akan datang terus mengatasi jangkaan. Ini boleh menyebabkan tekanan aset berisiko dalam jangka pendek,” katanya.

Dalam negara, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menjangka sentimen pasaran masih berhati-hati dalam persekitaran peningkatan saham mewah.

"Oleh itu, kami menyaksikan indeks petunjuk pasaran berada pada julat 1,485-1,495 hari ini sementara menunggu pembentangan kedua Belanjawan 2023 yang dijadualkan pada Jumaat depan yang akan menyaksikan lebih banyak aktiviti bagi sektor pembinaan untuk memulihkan ekonomi negara,” katanya kepada Bernama.

Pada rehat tengah hari, saham wajaran tinggi Maybank merosot 3.0 sen kepada RM8.77 dan Petronas Chemicals berkurangan 1.0 sen kepada RM8.21. Public Bank, CIMB dan Tenaga Nasional, masing-masing tidak berubah pada RM4.18, RM5.43 dan RM9.95.

Bagi saham aktif, MYEG meningkat setengah sen kepada 70 sen, Betamek menambah 4.5 sen kepada 62.5 sen, YBS International naik 10 sen kepada 69.5 sen dan Revenue meningkat 1.5 sen kepada 51.5 sen manakala Vinvest tidak berubah pada 23 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 31.11 mata kepada 10,857.75, Indeks FBMT 100 meningkat 31.60 mata kepada 10,525.08 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 53.87 mata kepada 11,227.88.

Indeks FBM 70 naik 109.57 mata kepada 13,758.86 dan Indeks FBM ACE menambah 10.17 mata kepada 5,721.01.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.03 mata kepada 190.74 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 1.53 mata kepada 16,162.59. Indeks Perladangan menambah 65.26 mata kepada 6,968.16 dan Indeks Tenaga naik 1.65 mata kepada 894.29. - Bernama