Dua remaja AS rancang sembilan pembunuhan diberkas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TALLAHASSEE - AMERIKA SYARIKAT. Dua remaja perempuan ditahan di Florida, Amerika Syarikat (AS) kerana didakwa merancang pembunuhan sembilan individu.

Penahanan pelajar Avon Park Middel School masing-masing berusia 14 tahun itu dibuat pada Rabu lalu selepas seorang guru menemui butiran rancangan mereka dalam buku nota dilabel Private Info, Do Not open dan Project 11/9.

Fail mengandungi nota tulisan tangan setebal lapan muka surat itu memperincikan pelan mereka termasuk mendapatkan senjata api dan, bagaimana pembunuhan itu dilakukan dan cara melupuskan mayat mangsa.

Kedua-dua mereka berdepan sembilan tuduhan konspirasi untuk membunuh dan tiga pertuduhan konspirasi untuk melakukan penculikan.

"Perkara seperti ini tidak wajar dijadikan bahan gurauan jika ia dianggap sebagai perkara melucukan. Anda tidak bergurau tentang membunuh orang," kata jurucakap Pejabat Syerif Daerah Highlands, Scott Dressel. - Agensi

Artikel Berkaitan: