Berang telefon dirampas, anak ugut bapa dengan pisau

Kanak-kanak lelaki yang berang dengan tindakan bapanya. - Foto: Agensi
Kanak-kanak lelaki yang berang dengan tindakan bapanya. - Foto: Agensi
A
A
A

BEIJING - Gara-gara dilarang bermain permainan video pada telefon bimbit, seorang kanak-kanak lelaki bertindak nekad mengugut bapanya dengan pisau pemotong daging, malah klip video itu turut menjadi tular di China.

South China Morning Post melaporkan kejadian itu berlaku selepas lelaki tersebut merampas telefon bimbit anaknya.

“Budak itu berang dengan tindakan bapanya lalu dia mula mengamuk,” jelas laporan tersebut.

Menerusi rakaman berdurasi 13 saat itu, dapat didengari dengan jelas kanak-kanak tersebut menjerit kepada bapanya dan meminta telefon bimbit berkenaan diserahkan semula kepadanya.

Difahamkan, insiden yang berlaku pada Jumaat lalu dirakamkan seorang individu di wilayah Guangxi sebelum ia tersebar secara meluas di laman Weibo dan ditonton lebih tujuh juta kali. - Agensi