Kelantan FC ikat seorang lagi pemain Sepanyol

Miguel Angel - Foto Bernama (Kredit: Kelantan FC)
Miguel Angel - Foto Bernama (Kredit: Kelantan FC)
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan FC mendapatkan khidmat seorang lagi pemain import dari Sepanyol bagi menguatkan pasukan menjelang saingan Liga Super 2023 yang dijadual bermula pada 24 Februari ini.

Kelantan FC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemain pertahanan berusia 32 tahun, Miguel Angel Garrido Cifuentes, telah menandatangani kontrak bersama pasukan itu selama semusim, semalam.

Miguel Angel merupakan pemain import keenam Kelantan FC.

"Miguel Angel akan menjalani latihan bersama pasukan untuk menyesuaikan diri dengan barisan pemain dan kami berharap pengalamannya beraksi di pentas bola sepak Sepanyol dan Eropah mampu memberi impak besar kepada Kelantan FC musim ini," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, lima pemain import sah menandatangani kontrak selama semusim bersama Kelantan FC iaitu Kim Ming Kyu dan Kang Eui Chan (Korea Selatan), Christian Mangaron Rontini (Itali-Filipina), Mario Arques (Sepanyol), dan Nuha Marong Krubally (Gambia). - Bernama