Wujudkan mekanisme elak diskriminasi gaji minimum - MTUC

Mohd Effendy Abdul Ghani
Mohd Effendy Abdul Ghani
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mewujudkan mekanisme bagi memastikan mana-mana syarikat atau industri tidak diskriminasi serta berupaya memberikan gaji minimum RM1,500 kepada pekerja.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, ini kerana tidak semua pihak mampu melaksanakan peraturan baharu tersebut.

Ujarnya, mekanisme itu juga bertujuan memastikan kebajikan pekerja terutama di sektor bawahan terjaga.

"Contoh pekerja pembersihan kontrak kerajaan, mereka ini masih lagi menerima gaji minimum, (ada yang) sampai 15 tahun kerja tetapi tetap gaji sama.

"Ini kerana kontrak kerajaan kepada kontraktor bergantung kepada jabatan kerajaan, jadi saya lihat isu kerja pembersihan itu kita harap tidak ada 'orang tengah'.

"Tetapi hal industri ini (kreatif) saya setuju perlu ada mekanisme sebab gaji minimum ini juga tidak boleh pergi secara pukul rata sebab ada diskriminasi tentang jantina, kaum dan agama. Kita lihat ini bagaimana kita mewujudkan gaji progresif yang boleh merangkumi semua kaum dalam negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Wacana Sinar Harian bertajuk Bantu Rakyat: Apa Nasib Pekerja Bawahan? dikendalikan oleh Ismail Adnan.

Bagaimana, tambah Mohd Effendy, beliau agak musykil apabila terdapat syarikat yang tidak dapat melaksanakan gaji minima.

"Sedangkan tidak terkecuali mana-mana sektor pekerjaan termasuk KFC di mana jumlah jam mesti mengikut gaji minima itu itu," ujarnya.