Inzaghi kecewa persembahan Inter Milan

Inzaghi
Inzaghi
A
A
A

PENGENDALI Inter Milan, Simone Inzaghi mengakui kecewa selepas pasukannya sekadar seri tanpa jaringan dengan Sampdoria dalam aksi Serie A pada Selasa.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Inter gagal merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga Napoli yang dibezakan dengan 15 mata.

Dalam perlawanan itu, Nerazzurri berjaya mencipta 25 percubaan, namun gagal menjaringan sebarang gol.

"Ia perkara biasa untuk kecewa, kami mahukan satu lagi keputusan yang baik kerana kami tidak memandang rendah perlawanan itu.

"Kami mempunyai babak pertama yang baik, tetapi kurang cemerlang pada babak kedua. Terdapat banyak peluang dicipta menentang pasukan yang memberikan segala-galanya di atas padang. Kami perlu memanfaatkannya sebaik mungkin.

"Terdapat kekesalan kerana pemain bermain perlawanan dengan cara yang betul, bermain seperti yang kami telah bersedia untuknya. Kami harus lebih tenang dan memanfaatkan peluang dengan lebih baik," katanya.

Inzaghi juga seolah-olah pasrah dengan menyifatkan Napoli kendalian Luciano Spalletti sudah tidak dapat dikejar dalam siangan liga.

"Sudah tentu begitu, tetapi kami hanya perlu melihat kemajuan kami.

"Kami datang daripada tiga kemenangan berturut-turut dan malam ini kami mahu mencapai keputusan berbeza. Terdapat banyak kesukaran dalam perlawanan ini," katanya.