Covid-19: 164 kes baharu, satu kematian

KKM merekodkan sebanyak 164 kes baharu Covid-19 pada Isnin. - Gambar hiasan
KKM merekodkan sebanyak 164 kes baharu Covid-19 pada Isnin. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 164 kes baharu Covid-19 pada Isnin dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Menerusi data KKMNOW, satu kematian turut dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 36,952 kes kematian akibat wabak itu sejak Mac 2020.

Dalam pada itu, seramai 321 pesakit sedang dirawat di hospital dengan 11 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah tersebut, enam kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Ketika ini, seramai 8,978 pesakit atau 96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes aktif iaitu 9,310 menjalani kuarantin di rumah.