Gadis lahirkan 'anak jin' rupanya diperkosa bapa tiri

Suspek mengaku memperkosa mangsa sebanyak 15 kali antara Mac hingga Ogos tahun lalu. - Gambar hiasan
Suspek mengaku memperkosa mangsa sebanyak 15 kali antara Mac hingga Ogos tahun lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

BANDUNG - Seorang lelaki di Indonesia memberi alasan tidak masuk akal selepas anak tirinya yang berusia 13 tahun hamil dan melahirkan seorang bayi baru-baru ini.

Lelaki berusia 45 tahun dari daerah Garut itu mendakwa anaknya diperkosa makhluk halus selepas didesak penduduk kampung.

Rahsia suspek terbongkar selepas kelahiran bayi gadis malang itu disambut seorang bidan kampung yang kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada ketua masyarakat.

Lebih parah, dakwaan lelaki itu turut disokong oleh ibu kandung mangsa.

"Kami sukar mempercayai alasan yang diberikan suspek. Oleh itu kami membawa mangsa membuat laporan di balai polis," kata ketua kampung, Solahal Gina Gunawan.

Sementara itu, Ketua Polis Garut, Rio Wahyu Anggoro mengesahkan penahanan suspek.

"Suspek mengaku memperkosa mangsa sebanyak 15 kali antara Mac hingga Ogos tahun lalu.

"Dia berdepan hukuman 15 tahun penjara jika sabit kesalahan," ujar Solahal. - Agensi