Lelaki dtemui mati tergantung

Lokasi mangsa ditemui tergantung.
Lokasi mangsa ditemui tergantung.
A
A
A

KLUANG - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebuah pokok di Taman Intan, di sini, dalam kejadian kira-kira jam 10.33 malam, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, mayat mangsa berumur 30-an itu ditemui orang awam sebelum polis dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

"Siasatan awal mendapati mangsa menjerut lehernya menggunakan tali yang diikat pada pokok sebelum naik ke atas kerusi dan terjun.

"Hasil bedah siasat juga mendapati tiada sebarang pergelutan atau tanda-tanda fizikal yang berunsur jenayah pada tubuh mangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, keluarga mangsa juga telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut bagi menuntut mayat mangsa di Unit Forensik Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut juga akan diteruskan dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: