'Syed Saddiq janji akan kahwin sebelum PRU16'

Idris bersama Syed Saddiq selepas istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 pada Isnin. - Foto FB Idris
Idris bersama Syed Saddiq selepas istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 pada Isnin. - Foto FB Idris
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal menamatkan zaman bujang sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad yang berkongsi mengenai perkara berkenaan memaklumkan, Ahli Parlimen Muar itu menyatakan demikian ketika bertemunya di Parlimen pada Isnin.

“Tadi sempat berjumpa dengan YB (Yang Berhormat) Muar selepas perasmian oleh YDPA (Yang di-Pertuan Agong). Bila saya tanya bila hendak kahwin, saya kata jejaka 'handsome' (kacak) mesti kahwin cepat.

"Dia janji dengan saya, sebelum PRU16 dia akan kahwin. Saya doakan semoga ALLAH permudahkan urusan YB Syed untuk mendapat jodoh," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.

Dalam pada itu Idris yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai turut memaklumkan, bekas Menteri Belia dan Sukan itu pernah berkunjung ke pejabatnya di bangunan Parlimen ketika menjadi ahli Parlimen dari tahun 2013 sehingga 2018.

“Waktu itu Syed Saddiq baharu sahaja 'grad' daripada UIA (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia).

"Apabila orang hormat saya sekali, 10 kali saya hormat orang tersebut. Perbezaan parti, bangsa dan agama bukan halangan untuk saya bermesra dengan sesiapa pun,” katanya.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.

Turut berangkat ke istiadat berkenaan, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

ARTIKEL BERKAITAN:Bahas Titah Diraja secara mendalam, elak cemuhan - Fahmi

ARTIKEL BERKAITAN:Pengurusan risiko bencana perlu diberi penekanan - Agong

ARTIKEL BERKAITAN:Agong harap Anwar PM terakhir dalam penggal pemerintahan

ARTIKEL BERKAITAN:Agong rasmi istiadat pembukaan penggal kedua Parlimen ke-15

ARTIKEL BERKAITAN:Muafakat Kerajaan Perpaduan jamin kestabilan politik, jana ekonomi