Covid-19: 160 kes baharu, tiada kematian dicatat

Sebanyak 160 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan satu daripadanya merupakan kes import. Foto hiasan.
Sebanyak 160 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan satu daripadanya merupakan kes import. Foto hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 160 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, tiada kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan, menjadikan jumlah kematian dalam negara kekal 36, 951 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 9, 401 kes dengan 9, 068 atau 96.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 324 pesakit Covid-19 pula ditempatkan di hospital.

Sejumlah 9 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 4 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pula sebanyak 358 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4, 993, 134 kes.