Kanak-kanak lemas jatuh longkang, seorang masih hilang

Salah seorang mangsa ditemui pada jam 6.30 petang dalam kejadian di Jalan Ukay Perdana di sini pada Sabtu.
Salah seorang mangsa ditemui pada jam 6.30 petang dalam kejadian di Jalan Ukay Perdana di sini pada Sabtu.
A
A
A

AMPANG - [DIKEMAS KINI] Kegembiraan dua kanak-kanak bermain berhampiran longkang berakhir tragedi apabila mereka dipercayai lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras di Jalan Ukay Perdana di sini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, kedua-dua mangsa masing-masing berumur lapan dan 10 tahun.

Mangsa pertama yang merupakan kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun telah dijumpai pada jam 6.30 petang lebih kurang 200 meter dari lokasi kejadian.

"Pihak bomba telah menerima panggilan pada jam 4.44 petang sebelum sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa berumur 10 tahun masih dijalankan.