Michael Ang letak syarat, elak isu cinta lokasi
PENGARAH popular, Michael Ang meluahkan pandangannya berhubung sikap segelintir pelakon yang terpalit dengan isu cinta lokasi seperti mana yang hangat diperkatakan ketika ini.
Tegas Michael, barisan pelakon yang akan bekerja di bawah arahannya perlu menandatangani sebuah kontrak yang mana perjanjian tersebut adalah, tidak boleh menjalin hubungan cinta ketika di set.
“Mulai hari ini, siapa pelakon lelaki atau perempuan dalam set aku, kena sign (tandatangan) kontrak yang tidak akan bercinta dekat set,” katanya menerusi satu perkongsian terbaharu di Instagram.
Dalam masa sama, pengarah drama 'The Maid' itu turut mengakui dirinya berasa penat apabila diajukan soalan daripada pihak media yang meminta dia mengulas mengenai isu tersebut.
Soal Michael, mengapa dirinya yang perlu menjawab isu tersebut sedangkan bukan dia yang mencetuskan kontroversi berkenaan.
“Stress aku nak layan wartawan yang call, lepas itu cakap nak buat marketing.
“Yang bercinta, berskandal dia orang, bukan aku! Stress aku, shut down je la hari ini. Suruh berlakon bukan bercinta,” tambahnya.
Terdahulu, hangat di laman sosial apabila ada seorang ‘heroin’ yang dikatakan tersuka dan jatuh cinta dengan gandingannya menerusi sebuah drama. - Awani