Kadar jangka pendek kekal stabil

No Image Caption
A
A
A

KADAR jangka pendek berkemungkinan kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Pada minggu yang singkat disebabkan cuti umum ini, bank pusat campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender, termasuk tender pasaran wang konvensional, tender repo berbalik, tender Qard dan tender program komoditi Murabahah.

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional untuk minggu ini meningkat kepada RM40.15 bilion daripada RM39.97 bilion pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, dalam sistem Islam, lebihan susut sedikit kepada RM30.09 bilion daripada RM30.91 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.73 peratus setakat 9 Februari, 2023. - Bernama