Status Messi berdepan Bayern masih samar

Messi diasak pemain Marseille, Valentin Rongier (kiri) semasa aksi Piala Perancis di Stade Velodrome, 8 Februari lalu. - Foto AFP
Messi diasak pemain Marseille, Valentin Rongier (kiri) semasa aksi Piala Perancis di Stade Velodrome, 8 Februari lalu. - Foto AFP
A
A
A

PENYERANG Paris St Germain (PSG), Lionel Messi masih diragui untuk aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich berikutan masalah hamstring, lapor media Perancis pada Jumaat.

Messi bermain selama 90 minit penuh semasa kekalahan 1-2 PSG kepada Olympique Marseille dalam Piala Perancis pada Khamis, namun kemudiannya berasa sakit pada hamstringnya, kata laporan itu.

Ia menambah bahawa pemain berusia 35 tahun itu akan terlepas kunjungan PSG Ligue 1 ke AS Monaco pada Sabtu, tiga hari sebelum menerima kunjungan Bayern.

Messi, yang membantu Argentina memenangi Piala Dunia pada Disember, menjaringkan 15 gol dalam 25 perlawanan dalam semua pertandingan untuk PSG musim ini.

Kelab Paris itu sudah pun tanpa penyerang Kylian Mbappe untuk perlawanan menentang juara Jerman tersebut selepas dia mengalami kecederaan paha minggu lalu.

Perlawanan kedua akan diadakan di Munich pada 8 Mac.