Dua lelaki ditahan bersama burung helang

Dua lelaki ditahan polis selepas memiliki seekor burung helang pada Ops Khazanah dan Ops Bersepadu Pelbagai Kesalahan di Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Kuala Krai pada Selasa.
Dua lelaki ditahan polis selepas memiliki seekor burung helang pada Ops Khazanah dan Ops Bersepadu Pelbagai Kesalahan di Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Kuala Krai pada Selasa.
A
A
A

KUALA KRAI - Dua lelaki masing-masing berusia 35 dan 25 tahun ditahan polis selepas dipercayai memiliki seekor burung helang pada Ops Khazanah dan Ops Bersepadu Pelbagai Kesalahan di Jalan Kota Bharu-Gua Musang di sini pada Selasa.

Memetik kenyataan yang dimuat naik menerusi entri laman sosial Facebook Polis Daerah Kuala Krai, kedua-dua suspek itu ditahan mengikut Seksyen 68 Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

"Operasi yang diketuai oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kuala Krai serta Jabatan Pengangkutan Jalan.

"Operasi itu memfokuskan kesalahan jalan raya serta membanteras kegiatan pemburuan haram," katanya.

Menurut laman sosial itu lagi, sepanjang operasi tersebut sebanyak 87 buah kenderaan telah diperiksa.

Pada masa sama 12 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.