Peluang wakaf pembinaan Masjid Tahfiz Lembah Pergau

Pembinaan Kompleks Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau di tanah wakaf MAIK. Gambar kecil: Kameruzaman Ab Rahman
Pembinaan Kompleks Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau di tanah wakaf MAIK. Gambar kecil: Kameruzaman Ab Rahman
A
A
A

JELI - Peluang wakaf masih terbuka bagi mengumpul dana sebanyak RM3 juta yang diperlukan untuk pembinaan fasa satu Kompleks Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau, di sini termasuk masjid.

Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau, Kameruzaman Ab Rahman berkata, pihak pengurusan kompleks mengajak orang ramai berwakaf dengan nilaian RM100 untuk satu lot.

“Pembinaan kompleks ini bertujuan melahirkan lebih ramai generasi tahfiz dan pencinta al-Quran.

“Kita akan menggunakan dana itu untuk pembinaan kelas dan asrama, selain masjid di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) seluas 2.4 hektar,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Kameruzaman memberitahu, pembinaan kompleks berkenaan akan dilaksanakan secara berfasa mengikut jumlah kewangan semasa.

Orang ramai yang ingin berwakaf boleh berbuat demikian menerusi tabung Kompleks Maahad Tahfiz Al-Quran Lembah Pergau di akaun Maybank 5530 5641 4773 atau hubungi 014-530 5331.