Putin didakwa 'luluskan' bekalan peluru berpandu tembak jatuh MH17

Vladimir Putin - Foto EPA
Vladimir Putin - Foto EPA
A
A
A

AMSTERDAM - Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Menurut pasukan penyiasat, sistem peluru berpandu BUK-TELAR itu telah digunakan untuk menembak jatuh MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Maklumat itu diberitahu pasukan pendakwa raya di Belanda pada Rabu selepas memperoleh kenyataan itu daripada pasukan yang menyiasat insiden pesawat MH17.

Begitupun, mereka berkata bukti itu tidak mencukupi untuk dibawa kepada pihak pendakwaan.

Astro Awani pada Rabu melaporkan pasukan penyiasat antarabangsa bagi insiden itu dijangka membentangkan hasil siasatan baharu mereka.

Ini termasuk kemungkinan menamakan suspek tambahan dalam kejadian tersebut.

November lalu, mahkamah Belanda mensabitkan dua bekas ejen risikan Rusia dan pemimpin pemisah Ukraine atas kesalahan membunuh. - Awani