Lelaki maut tersepit kereta, MPV bertembung

Anggota menjalankan operasi penyelamatan menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto Bomba Perak
Anggota menjalankan operasi penyelamatan menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto Bomba Perak
A
A
A

LENGGONG - Seorang lelaki maut akibat tersepit dalam nahas dua kenderaan di Jalan Kuala Kangsar-Gerik berhampiran Restoran Tasik Raban di sini pada Rabu.

Dalam kejadian sekitar jam 1.30 petang itu, mangsa Eng Jin Sin, 45, yang duduk di bahagian penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong, Farizul Anuar Razali berkata, nahas berlaku membabitkan kereta Proton Wira dinaiki mangsa dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza.

Menurutnya, maklumat awal diterima pada jam 1.36 petang memaklumkan dua kenderaan itu bertembung menyebabkan seorang mangsa tersepit.

"Anggota menjalankan operasi penyelamatan menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Keadaan kereta Proton Wira yang terbabit dalam nahas mengorbankan seorang lelaki di Jalan Kuala Kangsar-Gerik berhampiran Restoran Tasik Raban, Lenggong pada Rabu. - Foto Bomba Perak
Keadaan kereta Proton Wira yang terbabit dalam nahas mengorbankan seorang lelaki di Jalan Kuala Kangsar-Gerik berhampiran Restoran Tasik Raban, Lenggong pada Rabu. - Foto Bomba Perak

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata, pemandu Proton Wira berusia 44 tahun dan MPV berusia 51 tahun hanya mengalami cedera ringan.

Susulan nahas itu katanya, anggota telah membuat tugasan overhaul bagi memastikan tiada wujud punca yang boleh mendatangkan bahaya.

"Operasi tamat sepenuhnya jam 2.11 petang," katanya.